Friday, 2 August 2013

nasihat ala2 "islamic" mase b'couple

[●] ramai yang m'gutuk hubungn kapel kite syg ,, sabar yeee anggap tu smua dugaan dari ALLAH supaya kita lagi kuat !!

[●] dah sebulan kita couple ,, ramai yg cemburu bila kita manja2 n sweet2 kn syg ?? aggp ia sbg dugaan untuk kita taw ,,

[●] sesungguhnya ALLAH sedang menguji relay kita baby ,, sabar lah wahai makwe ku t'cantik ,, pakwe mu ada sisi muuuuu ,,

opst sekejap2 wahai tetamu ramadhan ,,
agak2 sama tak dgn ucapan bawah nie :

[●] dah genap sebulan kita jadi pencuri ,, dh mcm2 polis yg kejar kita ,, anggap lh tu "ujian ALLAH" untuk kita jadi lebih hebat !!

[●] dh 50,000 buah kedai kite rompak tp 1 pn tk b'hasil ,, takpe nie semua "dugaan ILAHI" supaya kita susun strategi lebh baik leps nie ,,

[●] 5 hari aku asyik makan nasi curi dan semua tak sedap ,, mungkin ALLAH sembunyi kn dulu nasi yg sedap supaya aku b'sabar kan ??


Thursday, 1 August 2013

Wajah Nabi Muhammad

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi terpadam.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.



Friday, 26 July 2013

Renungan bersama

Kanak2 sunnah di syria : "JIHAD lawan syiah, itu matlamat kami.."

Budak2 syiah di Iran : "Abu Bakar Kafir.. Umar kafir.."

Remaja Melayu di Malaysia : "Awak tau tak arini ari apa..? Arini ari sabtu.. Bermakna dah seminggu kita ber'couple'... "


 
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.


 
☆ Jangan jadikan cinta seperti kembang api
Sudah terbakar indahnya sesaat saja

☆ Jangan jadikan cinta seperti pemain sepak bola
Dari jauh dikejar sudah dekat ditendang

☆ Jangan jadikan cinta seperti kumbang
Yang habis manis sepah dibuang

【ツ】Tapi...
Jadikan cinta seperti lilin
Yang rela hancur terbakar demi menerangi orang yang disayangi dan dicintai


Saling menasihati

Nasihat buat kaum Hawa:

Tidak salah untuk kamu memilih bakal suami kamu seorang yang soleh,tetapi ketahuilah di akhir zaman ini yang soleh sangatlah limited edition.Sebelum kamu memilih mereka,mereka terlebih dahulu menilai sedalam mana ilmu agama kamu.Ini adalah hak mereka kerana mereka berhak memilih wanita solehah untuk dijadikan ibu kepada zuriat mereka.

Oleh itu bersiap sedialah perbaiki akhlak dan mempelajari ilmu agama jika yang soleh itu yang kamu dambakan.


Nasihat buat kaum Adam:

Memang tidak dinafikan kecantikan bidadari-bidadari syurga tiada tolok bandingnya dengan wanita-wanita di dunia ini.Tetapi ketahuilah kamu bahawa wanita solehah itu diangkat darjatnya lebih tinggi dari bidadari-bidadari syurga.

Mereka adalah bidadari di dunia dan di akhirat.
  

 
" Dan diantara tanda-tandaNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesa dengannya dan denganNya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan balas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " - Ar-Ruum:21