Tidak salah untuk kamu memilih bakal suami kamu seorang yang soleh,tetapi ketahuilah di akhir zaman ini yang soleh sangatlah limited edition.Sebelum kamu memilih mereka,mereka terlebih dahulu menilai sedalam mana ilmu agama kamu.Ini adalah hak mereka kerana mereka berhak memilih wanita solehah untuk dijadikan ibu kepada zuriat mereka.
Oleh itu bersiap sedialah perbaiki akhlak dan mempelajari ilmu agama jika yang soleh itu yang kamu dambakan.
Nasihat buat kaum Adam:
Memang tidak dinafikan kecantikan bidadari-bidadari syurga tiada tolok bandingnya dengan wanita-wanita di dunia ini.Tetapi ketahuilah kamu bahawa wanita solehah itu diangkat darjatnya lebih tinggi dari bidadari-bidadari syurga.
Mereka adalah bidadari di dunia dan di akhirat.



No comments:
Post a Comment