Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi
dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram
di phone..*yakni couple*...
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....
syeikh: kamu suka dia?
fulan: ya syeikh....
syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik
untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu
agamamu?
fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
syeikh: bila kamu akan menikahinya?
fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...
syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah
sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu
jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita
suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple
dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah
hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu
jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih
suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula
berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu
umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi
hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh
najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu
setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka
didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata
palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan
al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main
kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka
belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas
permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya
semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke
ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan
para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi
kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia
jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina
pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm
kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah
ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya
ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka
penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan
teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang
panasnya 70x ganda api dunia?
note: kepada lelaki bapuk di luar
sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah
MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita
yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para
wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang
tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk
menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing
betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang
berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah
merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan
jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa
malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat
jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri
mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari
rasulullah kalau bukan LELAKI???
lelaki yang couple2 dan yang
bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong
lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi
allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun
akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana
berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan
korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus
nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....
in shaa Allah



No comments:
Post a Comment